Isnin, 29 April 2019

Dulu La Mamma Kini Ellsee Cinta Hati Wanita

Cinta Hati Wanita Ellsee
Sampai sekarang masih lagi ada yang wasap nak beli La Mamma postnatal, nak beli La Mamma postnatal walaupun Elsee dah rebrand dari Elsee kepada Ellsee.

Postnatal pula tukar nama dari Postnatal kepada Postmamma Ellsee. Prenatal pun sama, tukar kepada Premamma Ellsee.

Kenapa rebrand Elsee kepada Ellsee?


Alhamdulillah, pernah kami war-war yang produk di bawah jenama Ellsee bukan produk "hit and run". Kami mahu jenama dan produk dikenali di seluruh dunia. Secara berperingkat, produk Ellsee mahu dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa.

Dan Ellsee telah buktikannya. Jenama Ellsee telah dibawa sehingga ke peringkat antarabangsa apabila produk dapat menembusi market UK dan dapat menempatkan diri ke The Muslim Lifestyle Expo 2018 di Manchester, UK pada 13-14 Oktober 2018 yang lalu bertempat di Event City.

Untuk menembusi pasaran UK, produk Ellsee perlu melalui beberapa siri labtest yang dibuat di lab test UNIPEQ-UKM. Test oleh lab UKM ini memenuhi standard yang UK perlukan. Alhamdulillah, certificate pun dah dikeluarkan untuk produk Ellsee dan produk Ellsee layak diterima di pasaran UK.

Bukan itu sahaja, produk Ellsee juga dah terbang ke Brunei baru-baru di Brunei Consumer Fair pada 23-27 Januari 2019 lalu.


Jadi rakyat Malaysia tak perlu ragu-ragu nak gunakan produk Ellsee sebab kualiti terjamin. Produk Ellsee juga dipantau oleh Penasihat Saintifik Ellsee iaitu Prof. Dr. Azizan dari UKM. Beliau adalah chemist ranking no. 1 Asia dan no. 7 dunia.

Produk Ellsee selamat diminum dan digunakan kerana bahan yang digunakan adalah dari bahan natural tanpa campuran bahan kimia atau steroid.